ST Gallery ada menyediakan ruang untuk komen dan pendapat. Kami amat mengalu-alukan pendapat anda!  Sila klik di sini untuk menghubungi kami. Terima kasih dari kami. Semoga laman ini akan anda lawati selalu dan memberi manfaat.
 

Login






Lost Password?
No account yet? Register

maybank.jpg
Click here for encouraging more articles or simply a cup of tea.

 

Komen Terkini

Perbandingan Agama (koleksi...
How to pass an aptitude test :: How...
30/08/10 14:05 Lagi...
Oleh Rarraporels

Perbandingan Agama (koleksi...
100 free online dating :: free dating...
27/08/10 12:58 Lagi...
Oleh Rarraporels

Perbandingan Agama (koleksi...
Gautama Buddha was the founder of...
08/07/09 00:15 Lagi...
Oleh sohair

Perbandingan Agama (koleksi...
By: sohair (Guest ) on 02-06-2009...
05/07/09 07:54 Lagi...
Oleh sampuna

Tahap Kecerdasan Intelek...
saya nak perbezaan antara kecerdasan...
28/06/09 05:12 Lagi...
Oleh batista

8 Pengertian Cinta Menurut...
Makacih yowh atas petunjuknya :)...
27/06/09 19:09 Lagi...
Oleh Nia

Perbandingan Agama (koleksi...
kalau begitu..patung yang engkau sembah...
02/06/09 20:09 Lagi...
Oleh sohair

Perbandingan Agama (koleksi...
aku gak ngerti sm agm ku.... mli...
21/04/09 19:01 Lagi...
Oleh enjen

Systems Thinking Gallery

Selanjutnya...

ST-Gallery @ Twitter

Twitter Updates

follow me on Twitter

Jejak Salam


Top 5 Bulan Ini

Murid mereka POWERFUL PDF Print E-mail
Written by Fazrul Ismail   
Sunday, 20 April 2008
Last Updated ( Wednesday, 23 April 2008 )
 

exam.jpgSaya baru sahaja habis menduduki peperiksaan Ulum-ul-Quran. Agak berdebar-debar kerana sudah hampir 5 tahun meninggalkan dunia peperiksaan. Dan hari ini perlu menduduki peperiksaan 2 jam untuk subjek tersebut. Alhamdulillah ia dapat disiapkan dalam masa sekitar 1 jam. Keputusannya? Moga Allah mengurniakan kejayaan cemerlang. Ameen. Sempat sambil membaca dan mengulangkaji pelajaran, saya berdiskusi dengan Umm Hajar.Umm Hajar kata: "Imam Muhammad ash-Shareef kata bahawa mazhab dan banyak ilmu dahulu masih kekal kerana anak murid si tok guru. Kalau anak muridnya bagus, maka kekallah mazhab atau apa yang dibawa oleh si guru." Tetapi kalau si anak murid kurang aktif dan tersebar ke seluruh dunia, ia akan terperap dan jadilah seperti mazhab Imam Haramain - yang agak kurang terkenal berbanding mazhab Imam Malik, Imam Shafi'e, Imam Ahmad b Hanbal dan Imam Abu Hanifah.

Saya setuju. 

Jika dikaji secara sistemik, persoalan ini akan timbul:

gurumurid.png

Anak murid adalah satu komponen. Komponen lain ialah si gurunya, ajaran/ ilmunya. Yang paling penting ialah izin dari Allah. 

Mari kita lihat satu persatu hal ini.

Sebelum melihat si anak murid, lihat gurunya 

Si guru mungkin ada ilmu tetapi mungkin tidak cukup fokus pada si anak muridnya. Si guru mungkin tidak membina si anak murid sehingga betul-betul independence untuk membawa ilmu yang diberikan. Si guru mungkin tidak cukup kaliber atau tidak mendapat pengiktirafan. Banyak faktor yang menyebabkan si anak murid 'tidak menjadi'.

Tetapi ini adalah muhasabah untuk si guru. Dalam berfikir secara menyeluruh, kita tidak akan meletakkan status  kita sebagai guru padahal kitalah pelajar tersebut. Jika tidak, kita akan menyalah si guru dan menyatakan guru ini banyak silapnya dan mempengaruhi saya. Secara tidak langsung, ia memberi maksud si anak murid mudah sangat dipengaruhi si guru 'yang banyak silap' dan ini membuktikan si anak murid memang 'kurang menjadi'. Benarlah kata-kata Imam Muhammad ash-Shareef.

Memang ada guru / ilmu yang tidak jauh ke mana 

Memang dalam kita melihat guru-guru yang ada samada mengajar ilmu Islam atau ilmu subjek lain, ada yang tidak ke mana. Namun realitinya ajaran Rasyad Khalafa', pembawa ajaran sesat di Arizona berhubung isu al-Quran itu masih wujud masjidnya sehingga sekarang!

Persoalan: Adakah kalau kita membawa kebenaran, ingin kita biarkan ia 'kalah' dengan ajaran Nabi palsu tersebut? Tentu tidak. Atas dasar itu, sebagai anak murid, kita akan bersungguh-sungguh dan tidak mahu menjadi anak murid 'tidak menjadi'.

Pemerhatian pada al-Maghrib Institute. 

Jika anda ada kesempatan untuk melawat laman al-Maghrib Institute dan laman rangkaiannya, pasti anda akan tertanya-tanya, berapa ramai staf organisasi ini. Berikut ialah laman-laman berkaitan dan banyak lagi yang tidak tersenarai:

 

Tenaga utama dan sepenuh masa tidak lebih 10 atau 15 orang! Tentu tenaga seramai 10-15 orang ini tidak mampu membina web ini apatah lagi untuk menghidupkan aktivitinya tanpa ada anak murid yang dedikasi. Dan ia baru bermula sejak 2001. Pelajarnya amat ramai melebihi 50,000 orang. Merekalah pelajar yang berdedikasi. 

Mampukah kita menjadi anak murid yang dedikasi bukan kerana tuan gurunya tetapi kerana ilmu yang ingin disampaikan? Tepuk dada tanya iman... Agar kita menjadi anak murid dedikasi bukan sahaja untuk satu sumber ilmu malah untuk beribu-ribu guru...Itulah yang ditunjukkan oleh para ulama zaman dahulu yang berjuang di jalan agama.

   
Kod web
Kegemaran
Artikel berkaitan
Simpan pada del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

 

Display 3 of 3 comments

By: alwani ghazali (Guest ) on 22-04-2008 04:09

salam. :grin ..lucu jugak bila org berilmu berdebar2 nak periksa. org yang tak berilmu entah la macamana rasanya. anyway, smoga dapat results yang bagus. 
kwani exam lusa. mlm semalam lagi dah tak leh tido!doakan. 
sedikit komen tentang teknik belajar dan kemahiran yang diperlukan mengikut bidang berbeza. bila kita bercakap tentang religious sciences,dapat diperkirakan bahawa kemahiran yang sangat2 diperlukan adalah kemahiran mengingat.bila bercakap tentang seni mengingat ni,ada seribu satu falsafah tentang perkara ni.kata2 waki' kpd imam shafii:al-ilmu nuur wa nuur al-Allah la yuhda lil 'asi

 

» Lapor kepada webmaster

» Balas komen ini...

By: farhan (Guest ) on 23-04-2008 12:49

salam akhi. 
 
waah cepat betul akhi abiskan exam.. 
 
walaupun ana dah 2 tahun samapi sini, belum pernah lagi ikuti mana2 kelas al-maghrib..apatah lagi nak mengambil exam..huhu 
 
imran cakap, dulu west lafayetee adalah pusat aktiviti al-maghrib.tapi dek kerana tiada market, mereka terpaksa berpindah ke area tennessee. 
 
skrg ni pun kalau nak dgr talks dari speaker yg best2 kena pi east coast.tak patut jd masalah bagi mereka yg benar2 cintakan ilmu.ana je yg lemah semangat

 

» Lapor kepada webmaster

» Balas komen ini...

By: fazrul (Guest ) on 23-04-2008 19:23

Yep farhan. Kita memang kena selalu cari peluang untuk mendalami ilmu. Speakers yang baik satu hal. Tetapi lebih baik kalau kita follow up dengan self- determination untuk mencari sendiri di mana ruang yang ada. Barulah kita akan mampu maju ke hadapan. 
 
Selamat berjuang di jalan Allah - salah satunya dengan menuntut ilmu.

 

» Lapor kepada webmaster

» Balas komen ini...

Display 3 of 3 comments



Beri komentar
Name
E-mail
 
Comment
 
Available characters: 600
   Notify me of follow-up comments
  This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage
Enter what you see:

   
   



mXcomment 1.0.7 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >