ST Gallery ada menyediakan ruang untuk komen dan pendapat. Kami amat mengalu-alukan pendapat anda!  Sila klik di sini untuk menghubungi kami. Terima kasih dari kami. Semoga laman ini akan anda lawati selalu dan memberi manfaat.
 

Login






Lost Password?
No account yet? Register

maybank.jpg
Click here for encouraging more articles or simply a cup of tea.

 

Komen Terkini

Perbandingan Agama (koleksi...
How to pass an aptitude test :: How...
30/08/10 14:05 Lagi...
Oleh Rarraporels

Perbandingan Agama (koleksi...
100 free online dating :: free dating...
27/08/10 12:58 Lagi...
Oleh Rarraporels

Perbandingan Agama (koleksi...
Gautama Buddha was the founder of...
08/07/09 00:15 Lagi...
Oleh sohair

Perbandingan Agama (koleksi...
By: sohair (Guest ) on 02-06-2009...
05/07/09 07:54 Lagi...
Oleh sampuna

Tahap Kecerdasan Intelek...
saya nak perbezaan antara kecerdasan...
28/06/09 05:12 Lagi...
Oleh batista

8 Pengertian Cinta Menurut...
Makacih yowh atas petunjuknya :)...
27/06/09 19:09 Lagi...
Oleh Nia

Perbandingan Agama (koleksi...
kalau begitu..patung yang engkau sembah...
02/06/09 20:09 Lagi...
Oleh sohair

Perbandingan Agama (koleksi...
aku gak ngerti sm agm ku.... mli...
21/04/09 19:01 Lagi...
Oleh enjen

Systems Thinking Gallery

Selanjutnya...

ST-Gallery @ Twitter

Twitter Updates

follow me on Twitter

Jejak Salam


Top 5 Bulan Ini

Siapa betul? Siapa salah? PDF Print E-mail
Written by Fazrul Ismail   
Tuesday, 29 April 2008
Last Updated ( Tuesday, 29 April 2008 )
 

Siapa betul? Siapa salah?Dalam artikel saya yang lepas bertajuk ' Jangan serang Nabi, tetapi sahabat baginda? ' , saya mendapat banyak respon dan cadangan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas respon dan cadangan. Dalam artikel tersebut, saya menyatakan seolah-olah kumpulan Syiah terlibat dengan penghinaan dan penyelewengan kisah sahabat Nabi. Cuma sebenarnya, setelah dikaji dan diteliti, pasti ada 'saham syaitan' untuk menjadikan orang Islam bermusuh antara kumpulan yang menyatakan dirinya sebagai 'Ahlus Sunnah wal-Jamaah ' dan Syiah. Mengapa saya katakan begitu ? 

Saya merujuk kepada kitab dan sumber yang menyenaraikan godaan syaitan. Dalam buku Talbis Iblis dan banyak buku-buku karangan semasa, ada dinyatakan antara pola bagaimana syaitan menggoda manusia. Secara ringkas, ia boleh diperhatikan dalam akhir ayat 2 dalam Surah al-Maidah:

"...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.  "

Kalau ada sesuatu yang menimbulkan kebajikan dan taqwa kepada Allah, itu dari Allah. Kalau ianya menimbulkan dosa dan permusuhan yang tidak bersesuaian dengan kehendak Allah, maka ia bukan dari Allah. Ia hadir dari musuh Allah: syaitan dan iblis.

Apakah ciri syaitan dan iblis? 

Allah memulakan kisah agak terperinci dalam al-Quran dengan kisah Nabi Adam dan Iblis:

 30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

35. dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim".

Apakah kelebihan Nabi Adam sehingga makhluk lain diarahkan untuk sujud hormat ? Ilmu. Mengapa Iblis tidak mahu sujud hormat kepada Nabi Adam? "Saya lebih baik kerana saya dari api tetapi Adam dari tanah." Kata-kata Iblis ini bukanlah berasaskan ilmu. Itulah asas kepada agak-agak dalam sejarah makhluk. Agak-agak adalah asas dosa dan permusuhan. Agak-agak adalah lawan kepada ilmu yang jelas.

Berapa banyak orang berbuat dosa dan bermusuh kerana agak-agak...

Nabi Adam dilengkapkan Allah dengan ilmu. Iblis penuh dengan agak-agak. Berapa banyak yang berjaya di'pikat' oleh iblis?

Berapa banyak yang menyatakan saya agak boleh buat perkara ini ...Saya agak yang itu halal...Lantas terlibat dengan dosa.

Berapa banyak yang menyatakan: saya agak ini sah dan dibenarkan oleh Allah...Lalu perkara terlarang terus dilaksana.

Berapa banyak yang agak-agak bahawa kawannya buat perkara ini dan dia buat perkara itu..Lantas berkongsi agakan tersebut dalam sesi umpat dan fitnah di email, ruang chatting, blog dan sebagainya. Akhirnya tidak bertegur sapa

Berapa banyak? 

SAD_03.jpgBelajar untuk untuk tidak agak-agak

Saya tertarik dengan artikel Agar Bisnis Tak Mengganggu Ukhuwah oleh Sabrul Jamil. Beliau menulis pemerhatian tajam beliau berhubung isu 'agak-agak'  yang akhirnya memusnahkan tautan ukhuwah dua sahabat dalam muamalah seharian. Dengan agak-agak, banyak kerosakan berlaku dalam dunia ini. Agak-agak paling kritikal ialah apabila ia melibatkan 'saya islam, dia tidak...'

Saya mendapat email berikut untuk saya belajar untuk tidak agak-agak: 

you've mentioned that you'd be doing an article concerning this sect. my advice is go on..but only when other urgent matters are tackled.
 
i had once made the search to unveil the truth about shiah-sunni issue my endeavour. that was once the reason why i switched from law to islamic revealed knowledge, and from qur'an and sunnah studies to usul al-din and comparative religions during my bachelor's degree. simultaneously i joined a da'wah group, where most of my time was spent. that has lessen my time to dig more on shi'ah issue in the library where limited number of shiah's books are found, or to interview their ustaaz, or to exchange ideas with them, or even get books from them to analyze, or join their talks in klang valley. even in the da'wah group programme that i joined, i inquired about shi'ah to many people when i got the chance to do so and when it was an appropriate time for the question.
 
i decided then to confine the questions in my academic assignments that i must do for the courses. i did.
 
what did i find? a no conclusion till now as to "who is right and who is wrong" - a question that i aimed to answer upon completing my first degree. that was simply because when a critic is made to one party, the other's counterargument was also strong. besides, some issues that are made debatable are clarified by these two sects by using a different set of references. both are authentic, based on the concept of authenticity as the sects perceived. what does ST comment about this?
 
i later realize that the most precious experience that i learnt during the first degree was the price of respect. being in the course which some labelled as "the place of ahl al-ahwaa' wa al-bida'" (usul al-din course as perceived by some of my so-called salafi friends. they also loved to say 'kalaam, kalaam, calamity'), i learnt brotherhood and understanding of different backgrounds. those lessons brought me out from the cage of rigidity that i used to be, to the open world of harmony.
 
the experience intensified the faith that i had in my heart about the notion of tawheed, the importance of remembering Allah in all means. and the reading from books of shi'ah developed further my fond of the family of the Prophet, peace be upon him and of course, his magnificent self.
 
well, that humble experience is only a piece of the much more provisions needed on the path of da'wah.
 
to conclude, issue of shi'ah sunni difference is just a minor one. dont waste too much time on this minor thing.
  

Ini adalah bahagian kedua dalam email yang sama:

Teman Anda,merekomendasikan sebuah artikel yang berjudul "Penyimpangan Aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsna-'Asyariyyah"".

Berikut ini pesan dari Teman:
utk dikaji

Penyimpangan Aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsna-'Asyariyyah"
# oleh: Abi AbduLLAAH
# publikasi: 25 August 2007 @ 21:21
# kategori: Aqidah Da'iyah


Aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsa-'Asyariyyah" membawa beberapa penyimpangan. Penyimpangan-penyimpangan tersebut jelas disebutkan dalam referensi-referensi yang mereka miliki. Dalam artikel ini akan disebutkan beberapa penyimpangan aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsna-'Asyariyyah" (inhirafu manhaj "Imamiyyah Itsna Asyariyyah") berdasarkan referensi mereka sendiri.

A. Fatwa-fatwa Khomeini Tentang Aqidah dalam kitabnya Kasyful-Asrar[1]:

1. Meminta Sesuatu Kepada Orang yang Telah Mati Tidak Termasuk Syirik.

"Ada yang berkata, bahwa meminta sesuatu pada orang yang telah mati baik itu Rasul maupun Imam adalah syirik, karena mereka tidak bisa memberi manfaat dan madharrat pada orang yang masih hidup. Maka saya (Khomeini) katakan: Tidak, hal tersebut tidak termasuk syirk, bahkan meminta sesuatu pada ...

Artikel selengkapnya di: http://www.al-ikhwan.net/index.php/aqidah-daiyah/2007/penyimpangan-aliran-syiah-imamiyah-al-itsna-asyariyyah/

Artikel bersumber dari Al-Ikhwan.net: http://www.al-ikhwan.net

Apakah agak-agak saya dalam artikel sebelum ini? Agak-agak Sunnah betul, Syiah diagak-agak tidak betul.

Saya setuju dengan teguran tersebut dan saya amat harapkan anda juga menjadi individu yang berusaha untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Saya masih ingat dengan seorang kawan saya dari Iran. Saya rindukannya kerana dialah salah seorang yang menolong saya ketika sampai di Purdue University dulu, baik akhlaknya, suka tersenyum, diskusi iman pada kefahaman yang sama , awal solat jemaahnya dan sama sahaja cara solatnya dengan saya . Sehinggalah suatu hari, saya bertanyakan tentang Syiah yang dianutinya:

"I am a Shiite because there is no Sunni in my area and I didn't even know what Sunni is. But I practise with what you do. Am I not Muslim?"

Ia memerlukan hikmah dari Allah untuk mengetahui siapa benar siapa salah. Bukanlah bermusuh dengan Syiah itu penting apatah lagi bermusuh sesama 'Sunni' kerana semua dosa dan permusuhan berpunca dari agak-agak. Tetapi bermusuhlah dengan riba. Tidak ridhalah dengan agama Yahudi dan NAsrani. Itu lebih penting dan itulah ilmu yang jelas. Jika kita tidak bermusuh dengan apa yang Allah perintah, kita perlu khuatir kita ini banyak membuang masa pada perkara yang tidak sepatutnya.

Ya Allah! kurniakanlah furqan untuk kami dapat membezakan yang haq dan batil. Ameen! 


   
Kod web
Kegemaran
Artikel berkaitan
Simpan pada del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

 

Display 3 of 3 comments

By: alwani ghazali (Guest ) on 03-05-2008 04:28

gud that the matter is clarified. smoga umat islam dpt hidup dlm ruh kesatuan dan ukhuwwah.

 

» Lapor kepada webmaster

» Balas komen ini...

By: fikri (Guest ) on 08-06-2008 08:27

assalamu'alaikum ..daripada apa yang ana dengar dalam satu muzakarah, maulana asri yusof pernah sebut apabila kita bercakap tentang syiah, kita bercakap tentang syiah yang paling stabil dan popular iaitu syiah rafidhah. mereka mengkafirkan kesemua sahabat nabi malah mencela sahabat2 rasul kecuali beberapa orang sahaja. mereka kata malaikat tersilap sebab wahyu patut pada Ali. malah, tak beriman seorang syiah sekiranya tidak bertaqiyyah (berpura-pura). jika tidak bertaqiyyah, maka tidak sah syiahnya. jadi di sini, mengkafirkan sahabat nabi itu isunya besar, mengatakan malaikat tersilap memberi

 

» Lapor kepada webmaster

» Balas komen ini...

» Lihat semua 1 komen

By: mufakkirah (Guest ) on 08-06-2008 15:16

:) Benarlah anda... "Ia memerlukan hikmah dari Allah untuk mengetahui siapa benar siapa salah." Rasa lega membaca kesimpulan di perenggan yg akhir,sbb artikel 'Jangan serang Nabi,tetapi sahabat baginda?' bunyi penuh benci. (utk doanya: Ameen..) 
 
Antara hikmah Allah mewajibkan bacaan Al-Fatihah di dalam solat dlm setiap rakaat adalah kita sentiasa (disuruh) meminta agar Allah tunjukkan jalan yg lurus yakni jln yg diikuti org2 yg Allah beri nikmat dan bukan jalan org2 yg Allah murkai atau sesat.Mengapa? Sbb walau kita Muslim, belum tentu kita Mukmin yg benar..(2:8-13(?)) 
Wallahua'alm.

 

» Lapor kepada webmaster

» Balas komen ini...

Display 3 of 3 comments



Beri komentar
Name
E-mail
 
Comment
 
Available characters: 600
   Notify me of follow-up comments
  This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage
Enter what you see:

   
   



mXcomment 1.0.7 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >