|
Perintah iqra adalah satu perintah besar yang di turunkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan ia bukanlah hanya kepada bagida sahaja. Perintah ini adalah perintah yang sebenarnya mempunyai 'kuasa' yang amat hebat sekali dan kini pakar-pakar ilmiah banyak memperkatakan knowledge is power. Ya, ilmu adalah kuasa dan kuasa adalah ilmu. Manakan tidak, manusia hari ini bangun kerana revolusi ilmu itu berlaku sekian lama.
Salah satu firman Allah di dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa, Allah s.w.t. akan mengangkat darjat manusia dengan adanya ilmu di dada dan mereka turut beramal dengan ilmu yang diperolehinya. Ianya tidak berlaku sekiranya manusia hanya tahu tapi tidak beraaal dengan ilmu yang ada. Inilah satu dimensi keupayaan manusia iaitu mampu atau berkebolehan untuk mendapatkan ilmu (Intellectual quotient) supaya beramal. Tetapi hari ini,manusia belajar di universiti, sekolah dan sebagainya adalah hanya untuk tujuan tertentu sahaja dan ianya adalah bersifat mikro. Perintah Iqra adalah perintah berskala mikro yang menuntut kepada individu itu melebarluaskan lagi ilmu, tetapi perintah iqra itu juga akan berkembang di peringkat makro jika mereka tinggal di dalam satu komuniti atau masyarakat. Apabila kita berada di peringkat atai level makro, perintah iqra juga turut relevan. Mengapa relevan? kerana di dalam komponen makro ada mikro. Kerana wujudnya mikro ini maka makro akan terhasil. Bagaimana perintah iqra di peringlkat makro? Learning Society Centered Inilah perintah yang mana tidak akan berubah nasib seseorang melainkan mereka sendiri merubahnya...Perintah ini adalah merujuk kepada nasib sesebuah kaum. Kaum ini harus belajar dari keadaan sekeliling. Sebagai contoh, tragedi tsunami yang berlaku adalah salah satu contoh learning society yang berskala mega. hal ini tidak dinafikan dan banyak lagi peristiwa besar berlaku yang datangnya dari alam ini. Tanda-tanda pada alam ini adalah salah satu kaedah untuk kita tahu bagaimana untuk belajar dan berubah. (bersambung) |