Starting April 1, 2008, ST Gallery will focus on Malay contents. ENGLISH VERSION ST Gallery is available here.
 

Login






Lost Password?
No account yet? Register

maybank.jpg
Click here for encouraging more articles or simply a cup of tea.

 

Komen Terkini

Perbandingan Agama (koleksi...
How to pass an aptitude test :: How...
30/08/10 14:05 Lagi...
Oleh Rarraporels

Perbandingan Agama (koleksi...
100 free online dating :: free dating...
27/08/10 12:58 Lagi...
Oleh Rarraporels

Perbandingan Agama (koleksi...
Gautama Buddha was the founder of...
08/07/09 00:15 Lagi...
Oleh sohair

Perbandingan Agama (koleksi...
By: sohair (Guest ) on 02-06-2009...
05/07/09 07:54 Lagi...
Oleh sampuna

Tahap Kecerdasan Intelek...
saya nak perbezaan antara kecerdasan...
28/06/09 05:12 Lagi...
Oleh batista

8 Pengertian Cinta Menurut...
Makacih yowh atas petunjuknya :)...
27/06/09 19:09 Lagi...
Oleh Nia

Perbandingan Agama (koleksi...
kalau begitu..patung yang engkau sembah...
02/06/09 20:09 Lagi...
Oleh sohair

Perbandingan Agama (koleksi...
aku gak ngerti sm agm ku.... mli...
21/04/09 19:01 Lagi...
Oleh enjen

Systems Thinking Gallery

Selanjutnya...

ST-Gallery @ Twitter

Twitter Updates

follow me on Twitter

Jejak Salam


Top 5 Bulan Ini

Di manakah nilai manusia? PDF Print E-mail
Written by Syamil Yusuff   
Saturday, 18 April 2009
 

Hari ini, orang mula berkata tentang nilai atau values. Jika di dalam korporat, mereka turut membincangkan apakah nilai korporat yang harus ada di dalam menjayakan dunia perniagaan korporat mereka. Jika di sekolah, mereka pula berkata tentang nilai guru, pendidik, pelajar dan sebagainya. Namun yang demikian, apakah benar manusia hari ini semakin hilang nilai atau values dari diri mereka? Apakah ianya sudah terhakis dari pukulan ombak kemodenan? Jika benar nilai ini sudah nipis terhakis,apakah yang akan berlaku pada sesebuah tamadun itu?

Saya baru sahaja menyambut kepulangan kakak saya yang sudah hampir 4 tahun tinggal di Dubai. Dikatakan bahawa di sana adalah sebuah tempat yang boleh di katakan 'syurga' dunia. Anda boleh dapat apa sahaja dengan syarat anda harus mempunyai duit yang banyak. Jika anda tidak ada duit, maka ia bukanlah syurga tetapi sebaliknya. Apa yang saya ingin kongsikan adalah, mereka mengatakan bahawa, kehidupan masyarakat di sana mula meninggalkan dan sudah melucutkan sepenuhnya pakaian nilai mereka. Mereka tidak lagi menghormati orang lain kecuali mereka yang kaya sahaja. Jika anda pergi kesana dengan pakaian yang anda pakai di Malaysia ini, anda akan dilihat seperti 'orang gaji'. Percaya atau tidak, ia memang berlaku. Apatah lagi jika anda tidak mempunyai penampilan seperti orang kenamaan, anda tidak akan dilayan mahupun di kedai-kedai makan di sana.

Pada mulanya, saya ingatkan ia adalah satu tempat yang mana manusia di situ lebih bai, tetapi banyak cerita benar dikongsikan kepada saya dan saya mula menilai bahawa, jika nilai hormat menghormati, toleransi, sabar, penyayang dan sebagainya, tidak lagi ada di dalam diri manusia, apakah mereka ini layak dipanggil manusia yang bertamadun?Apakah mereka menyangkakan bahawa kemodenan itu adalah dengan adanya kecanggihan material, tingginya bangunan dan sebaginya, dan nilai itu harus diketepikan?

Kejatuhan tamadun dahulu yang sudah banyak diceritakan di dalam Al-Quran dan lembaran-lembaran sejarah, menceritakan kebanyakkan mereka yang jatuh adalah kerana menghadapi krisis nilai yang amat tinggi. Mereka mula melanggar sempadan yang sememangnya tidak harus dan tidak patut mereka langgari tetapi dengan adanya keinginan dan kepuasan dalaman yang tidak terkawal, maka, mereka akhirnya binasa sama sekali.

Rakyat Malayasia Masih Mempunyai Nilai?

Apabila saya melihat, mendengar dan membaca berkenaan dengan pengembangan sosial di negara2 lain, saya kini membuat pembandingan dengan negara Malaysia. Alhamdulilah, di Malaysia, nilai dan adat ketimuran masih lagi terpahat di wajah sosial kita. Rakyat Malaysia masih lagi berpegang teguh kepada nilai yang luhur dan harmoni. Kita masih lagi boleh senyum dengan orang yang kita selisih, kita masih lagi dilayan di kedai-kedai makan walaupun hanya membeli air kosong, kita masih lagi disantuni walaupun kita tidak beretika dan berakhlak baik.  Subhanallah, itulah sebahagian nilai yang masih ada di dalam negara kita Malaysia.

Namun timbul persoalan di dalam pemikiran saya, adakah nilai seperti ini akan kita nikmati pada masa akan datang? 5 tahun akan datang? 10 tahun akan datang?  adakah generasi akan datang di Malaysia ini akan mewarisi DNA nilai yang baik ini?

Kita amat khuatir dengan terpaparnya dengan pelbagai laporan akhbar dan email mahupun di internet berkenaan dengan budaya kuning, hedonisme dan berbagai-bagai lagi yang mula mengikis sedikit budaya dan nilai ini di kalangan anak-anak muda di Malaysia. Mahukan kita berhadapan dan mengalami keadaan sedemikian rupa seperti di Dubai?

Saya yakin, jika kita mengalami keadaan seperti di sana di Malaysia, banyak pihak dan masyarakat tidak selesa kerana ia bukanlah budaya yang ada kita jalani. Namun, adakah kita masih boleh hidup bertahan dalam mempertahankan nilai yang baik di kalangan murid-murid, pelajar, anak-anak, belia dan masyarakat kita di Malaysia pada hari ini?

Sumber Nilai Dalam Diri Manusia

Saya baru terbaca di dalam buku yang sebenarnya sudah lama di amalkan di dalam budaya kerja di kalangan kakitangan kerajaan. salah satu bukunya adalah bertajuk TONGGAK 12 PENERAPAN NILAI, NORMA DAN ETIKA PERKHIDMATAN. Salah satu teks yang di ucapkan oleh Yg Bhg Tan Sri Dato Ahmad Sarji dalam ucapannya ialah:

Nilai-nilai budaya sesuatu masyarakat merangkumi sistem simbolnya. Yang meninggalkan kesan yang berterusan kepadanya adalah sistem2 nilai ekonomi, politik, seni sains, dan banyak lagi cabang sistem budaya sesuatu masyarakat. Nilai-nilai keagamaan tidak hanya memberi kesan terhadap nilai-nilai budaya teteapi menjadi akar umbi kepada nilai-nilai budaya itu sendiri...... 

Inilah sumber nilai yang ada di dalam hati rakyat Malaysia. Malaysia merupakan salah satu negara yang masih lagi berpegang teguh kepada akar umbi terhadap corak nilai yang ada di sini. Saya sendiri secara peribadi merasakan syukur kerana sumber nilai manusia di Malaysia adalah bertunjangkan kepada nilai yang di ajarkan dalam agama.

Nilai Murni Orang Melayu Adalah Islam

Inilah kelebihan agama yang bernama Islam. Sejarah menceritakan bahawa dahulunya orang di tanah Melayu menganut agama  yang agak keras nilainya. Tetapi selepas kehadiran Islam di jiwa orang-orang Melayu, masyarakat di tannah Melayu telah berubah 360 darjah! Inilah nilai yang masih lagi bertahan di dada-dada orang Melayu dan masih lagi dipertahankan.

Janganlah kita membiarkan anak-anak kita, pelajar-pelajar-pelajar kita, belia kita dan generasi muda kita dengan nilai yang tidak seharusnya mereka terima dari nilia yang di ajarkan dari dunia luar. Pertahankanlah nilai yang bertunjangkan Islam ini di dalam dada generasi kita. Rakyat Malaysia seharusnya mengambil sepenuhnya nilai yang bertunjangkan Islam ini jika mahu melihat nilai baik dan luhur ini terus terpahat pada wajah-wajah anak belia kita.  Pada masa akan datang, merekalah juga yang akan mengajarkan dan mengiktiraf bahawa nilai di timur ini yang bertunjangkan kepada Islam adalah nilai yang terbaik dan terhebat di muka  bumi ini!

Tidak akan ada lagi istilah Melayu kan di telan zaman, tetapi Melayu Islam akan bangkit dengan membawa nilai yang hebat walaupun pembangunan material itu tidak setaraf dengan dunia yang dianggap moden tetapi rendah nilai manusiawinya. Jangan kita keliru dengan kaca dan permata. Jangan kita gadaikan nilai emas yang kita ada kepada kemurahan pembangunan yang merosakkan jatidiri serta nilai manusiawi kita. bersyukur kerana kita kini memegang nilai yang sagnt besar di dalam diri kita. Pertahankan dan sebarkan kepada manusia lain supaya menghargai, mempelajari serta mempraktikkan nilai yang bertunjangkan kepada agama, iaitu Islam.

Nilai PIES

Model PIES adalah satu model yang palin gmudah untuk memahami bagaimana nilai itu diterapkan. Kita bukan hanya memahami bahawa nilai itu terhenti diperingkat dimensi fizikal sahaja, tetapi ia masuk dan tertanam di jiwa manusia iaitu qalbun manusia dan bersinar pada dimensi spiritual manusia.

Set nilai yang ada tertanam di dalam diri kita harus di bukakan dengan kuncinya yang tersendiri iaitu seperti mana yang disebutkan tadi iaitu tunjang kepada nilai, Islam. itulah kunci yang mampu membuka pelbagai rahsia yang ada di dalam diri manusia. Sekarang, peganglah kunci itu dengan erat dan berikan kunci itu kepada generasi akan datang supaya ia mampu terus dibuka dengan betul dan akhirnya, akan tertegaklah perkara2 yang hak dan tertanamlah atau terkuburlah perkara2 yang batil.

 

wallahualam


   
Kod web
Kegemaran
Artikel berkaitan
Simpan pada del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

 


Beri komentar
Name
E-mail
 
Comment
 
Available characters: 600
   Notify me of follow-up comments
  This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage
Enter what you see:

   
   

Tiada komen



mXcomment 1.0.7 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
Next >