Perlunya berhenti sebentar - thomakninah
Written by Fazrul Ismail   
Friday, 18 May 2007
Last Updated ( Friday, 18 May 2007 )
 

Memang hidup ini penuh dengan peluang samada untuk berbuat baik atau jahat. Malah dalam melaksanakan tugas dakwah seharian, ramai yang sibuk dengan kerja harian sehinggakan tidak sempat melayan kucing yang mengiau, membelai daun sambil merasakan nikmat kurniaan Allah apatah lagi bercakap dan berkomunikasi sesama ahli keluarga dan manusia. Namun benarkah hidup ini perlu sesibuk itu? Benarkah hidup Nabi dan sahabat pada zaman dahulu sesibuk itu sehingga tidak sempat bermesra dengan jiran tetangga dan sahabat handai? Apakah rahsia yang mereka ini sibuk tetapi 'tidak tension' dengan kesibukan yang melanda? Adakah sibuk kita sekarang ini valid dan memang bukti amal yang akan diserahkan kepada Allah Rabbul Jaleel?

Jangan kita lekehkan peluang memerhati seekor semut, kerana ia melambangkan kebesaran Allah.
Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras merasai kebesaran Allah dalam kesibukan kerja dan aktivisme

Jangan kita lekehkan memerhati pokok yang menghijau
Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras - apa kaitan hijau dengan air dan Allah?

Jangan kita lekehkan merenung cahaya bulan dan matahari di tepi laut yang membadai
Kadang-kadang yang dilekehkan itu, menyebabkan hati menjadi keras - tidak terpaku dan terpukau dengan kebesaran Tuhan di ufuk langit

Pesanan untuk diri dan mereka yang melaksanakan kebaikan: dekatilah alam. Nature Intelligence. Kerana nature bukan tercipta sendiri. Ada Penciptanya. Bila kenal Pencipta setiap masa, hati akan menjadi lembut dan lunak.


   
Kod web
Kegemaran
Artikel berkaitan
Simpan pada del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

 


Beri komentar
Name
E-mail
 
Comment
 
Available characters: 600
   Notify me of follow-up comments
  This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage
Enter what you see:

   
   

Tiada komen



mXcomment 1.0.7 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved