|
As-Siyaam Junnah...Siri 1 |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Monday, 11 September 2006 12:31 |
|
Mungkin ada di kalangan pembaca masih belum sempat untuk menatap buku atau rujukan berkenaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Mungkin juga ada yang masih tidak berkesempatan untuk mendengar kuliah atau program persediaan menghadapi Ramadhan. Bagi memastikan setiap individu bersedia menyambut bulan penuh berkat ini, saya ingin berkongsikan beberapa perkara penting berkaitan puasa yang boleh diperhatikan dan dijadikan asas persediaan. Fokus saya dalam siri artikel ini ialah bagaimana puasa mampu menjadi medan pendidikan atau tarbiah dalam menuju taqwa. Mengapa saya menulis tajuk ini? |
|
Read more...
|
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Sunday, 10 September 2006 09:44 |
|
Ada beberapa orang bertanya: bagaimana untuk mengingati apa yang kita akan baca? Sebelum mampu mengingat, bagaimana untuk memberi fokus kepada isi buku amat tebal yang kita baca? Saya juga sering tertanya-tanya: mengapa saya selalu menyampaikan apa yang saya tulis di dalam ceramah saya? Saya banyak juga membaca dan mengkaji, tetapi kekadang ia tidak mampu disampaikan kepada pendengar. Akhirnya saya bertemu jawapan itu. |
|
Last Updated on Sunday, 10 September 2006 10:05 |
|
Read more...
|
|
|
Apa yang perlu ada dalam usrah dan tarbiah? |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Saturday, 09 September 2006 09:04 |
|
Dalam buku Manajemen Tarbiyah Anggota Pemula terbitan PT Syaamil Cipta Media, ada dinyatakan berhubung hal tarbiah: Ketika berbicara tentang prinsip-prinsip kekukuhan tarbiah dalam harakah, Ustaz Fathi Yakan - rahimahullah - menyebutkan dua hal ; adanya manhaj yang lurus dan murabbi yang handal. Inilah refleksi pemahaman beliau yang tajam dari ayat: "[61.9] Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." |
|
Last Updated on Saturday, 09 September 2006 10:13 |
|
Read more...
|
|
Infaklah kerana ia membersihkan dan bukti membenarkan |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Thursday, 24 August 2006 14:22 |
|
Dalam surah al-Baqarah ayat 3, Allah berfirman bahawa tanda orang yang beriman itu ialah mereka yang menginfaqkan rezekinya ke jalan Allah. Mengapa perlu infaq? |
|
Read more...
|
|
Pendakwah Air Kacang Soya 3 |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Thursday, 27 July 2006 08:54 |
|
"Boleh ke kita dapat RM 50 sehari nie ?" kata Nas apabila memerhati kepada catatan yang dibuat oleh Din. Nampaknya senarai keperluan dan modal semakin bertambah.
Din diam. Setelah beberapa ketika, beliau meletakkan pen dan menghela nafas panjang.
"Kita perlu modal yang agak besar. Paling kurang, kita perlu ada blender untuk memproses kacang soya. Paling kurang harganya seratus lebih. Kita perlu dapur gas dan periuk besar untuk memanaskan air soya yang sudah diperah. Peti sejuk..."
|
|
Last Updated on Thursday, 10 April 2008 07:37 |
|
Read more...
|
|
Ada bekalan pada al-Quran |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Wednesday, 23 August 2006 10:40 |
|
Al-Quran adalah kalamullah yang menjadi mukjizat serta diturunkan kepada qalbu Nabi Muhammad secara tawatir dan membacanya menjadi ibadah. Pada kalamullah ini, ia adalah sumber hidayah jika diperhati dan diambil dengan benar. Ramai manusia yang sudah bertemu dengan mukjizatnya - akan menyatakan bahawa al-Quran amat manis dibaca dan diamalkan. Ia adalah sumber tenaga bagi spiritual yang akan memberi kesan kepada fizikal seseorang. Mengapa spiritual perlu dimantapkan? |
|
Read more...
|
|
|
|
|
|