Pengunjung

We have 3 guests online

PS Lagi

PS di Facebook

Pemikiran - http://st-gallery.com

Tazkirah - http://almuntalaq.com

Model PIES & CASIC - http://masterpies.com

Amalan Berjaya - http://amalanberjaya.info

Elakkan 'saya sakit hati'
Written by Fazrul Ismail   
Saturday, 07 June 2008 11:47
Dalam kehidupan seharian, banyak aktiviti yang kita laksanakan melibatkan manusia dan makhluk Allah yang lain. Samada aktiviti itu melibatkan dakwah, kerja atau berniaga, cabaran akan hadir dari semasa ke semasa. Dalam kelas The Code Evolved yang saya hadiri baru-baru ini, sejarah umat Islam dibuka semula dalam program 4 hari dari pagi sampai petang tersebut. Sejarah ini disingkap untuk memahami bagaimana fiqh berkembang dan berevolusi hingga ke saat ini. Pelbagai rentak dan gaya hidup manusia diketahui dan akhirnya  ia memberi beberapa kesimpulan untuk saya. Dengan memahami sejarah fiqh itu, elakkan bercakap 'saya sakit hati' dalam kehidupan seharian.
Last Updated on Saturday, 07 June 2008 11:59
Read more...
 
Siapa betul? Siapa salah?
Written by Fazrul Ismail   
Tuesday, 29 April 2008 17:22
Siapa betul? Siapa salah?Dalam artikel saya yang lepas bertajuk ' Jangan serang Nabi, tetapi sahabat baginda? ' , saya mendapat banyak respon dan cadangan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas respon dan cadangan. Dalam artikel tersebut, saya menyatakan seolah-olah kumpulan Syiah terlibat dengan penghinaan dan penyelewengan kisah sahabat Nabi. Cuma sebenarnya, setelah dikaji dan diteliti, pasti ada 'saham syaitan' untuk menjadikan orang Islam bermusuh antara kumpulan yang menyatakan dirinya sebagai 'Ahlus Sunnah wal-Jamaah ' dan Syiah. Mengapa saya katakan begitu ? 
Last Updated on Tuesday, 29 April 2008 22:57
Read more...
 
Dia lukis kartun...dia beri khutbah pertama...Aku?
Written by Fazrul Ismail   
Saturday, 26 April 2008 06:05
Sepanjang minggu ini, ada dua orang tokoh yang hadir ke kawasan sini untuk menerangkan Islam. Seorangnya menggunakan kartun untuk menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Seorang lagi menggunakan kepakarannya untuk menyebabkan diri ini tidak mengantuk ketika khutbah solat Jumaat. Malah selepas habis solat, saya memerhatikan ramai yang bersemangat dan berazam untuk menyahut seruan penyampai khutbah. Paling kurang ada USD 1 yang cuba dikeluarkan untuk tabung masjid. Rupa-rupanya orang inilah yang menyampaikan khutbah pertama masjid yang saya hadiri untuk solat Jumaat ini. Masjid Omar al-Khatab, Los Angeles, California.MasjidOmar
Last Updated on Saturday, 26 April 2008 06:26
Read more...
 
The Most Powerful Habits
Written by Syamil Yusuff   
Wednesday, 23 April 2008 16:34

Jika kita melihat dan merenung kegiatan atau aktiviti harian kita, sejak dari pagi hinggalah pada waktu malam, apakah habit atau kebiasaan kita yang sering kita lakukan? Apakah yang kita sering dahulukan dan kemudiankan? Adakah anda seperti mereka yang bangun awal di waktu pagi, kemudian bersiap untuk bekerja, kemudian memandu kenderaan untuk ke pejabat atau ke tempat-tempat yang anda ingin lewati, dan apabila jam 5, anda kembali ke rumah. Pada waktu malam pula, dudk di hadapan televisyen, melayani karenah anak dan kemudian masuk tidur. Pada keesokan harinya, anda melakkan proses pengulangan selama beberapa tahun! Itulah rutin anda!  Adakah anda ingin kehidupan anda sama sahaja? SEKARANG, BANGKITLAH DAN INILAH MASANYA UNTUK BERUBAH!

Last Updated on Saturday, 26 April 2008 15:58
Read more...
 
Murid mereka POWERFUL
Written by Fazrul Ismail   
Sunday, 20 April 2008 22:37

exam.jpgSaya baru sahaja habis menduduki peperiksaan Ulum-ul-Quran. Agak berdebar-debar kerana sudah hampir 5 tahun meninggalkan dunia peperiksaan. Dan hari ini perlu menduduki peperiksaan 2 jam untuk subjek tersebut. Alhamdulillah ia dapat disiapkan dalam masa sekitar 1 jam. Keputusannya? Moga Allah mengurniakan kejayaan cemerlang. Ameen. Sempat sambil membaca dan mengulangkaji pelajaran, saya berdiskusi dengan Umm Hajar.Umm Hajar kata: "Imam Muhammad ash-Shareef kata bahawa mazhab dan banyak ilmu dahulu masih kekal kerana anak murid si tok guru. Kalau anak muridnya bagus, maka kekallah mazhab atau apa yang dibawa oleh si guru." Tetapi kalau si anak murid kurang aktif dan tersebar ke seluruh dunia, ia akan terperap dan jadilah seperti mazhab Imam Haramain - yang agak kurang terkenal berbanding mazhab Imam Malik, Imam Shafi'e, Imam Ahmad b Hanbal dan Imam Abu Hanifah.

Saya setuju. 

Last Updated on Thursday, 24 April 2008 03:56
Read more...
 
Membina kekuatan ruh...
Written by Fazrul Ismail   
Friday, 18 April 2008 20:02

Jam kini 4.53 pagi Jumaat 18 April. Saya sedang membaca-baca forum al-Maghrib Institute kerana ada peperiksaan Ulum-ul-Quran pada Sabtu ini. Tetapi ada sesuatu yang menarik:

The Qur'an was revealed in precisely 22.5 years to strengthen the soul of the believers against the disbelievers.

Last Updated on Saturday, 19 April 2008 13:54
Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»