|
Harapkan Allah atau kita mulakan dulu? |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Thursday, 17 April 2008 19:21 |
Dalam kehidupan seharian, sering ada bibit pertanyaan dalam diri : perlukah kita berusaha atau tunggu 'seru' dari Allah? Perlukah kita mengambil tindakan atau tungu 'panggilan' dari Allah? Perlukah kita tunggu 'suara hati' untuk berbuat sesuatu atau tunggu 'suara hati' dari Allah? Dalam Tafsir Ibn Qoiyim yang disusun oleh Syakh Muhammad Uwais an-Nadwy, ada dinyatakan tentang tafsir Surah As-Saff ayat 5. Ia pasti membantu kefahaman kita berhubung kehidupan dan keputusan mengambil tindakan.
|
|
Last Updated on Friday, 18 April 2008 20:14 |
|
Read more...
|
|
Belajar untuk bersifat 'liin' |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Thursday, 10 April 2008 15:18 |
|
Dalam sebahagian Surah Ali Imran ayat 159 di atas, Allah menjelaskan tentang rahmatnya yang menjadi syarat penting untuk Rasul dan seseorang itu dapat berlembut dalam akhlak seharian. Maksud ayat di atas, "Maka dengan rahmat Allah, maka kamu (Muhammad) dapat berlemah lembut kepada mereka..."
Allah bernama ar-Rahman dan ar-Rahim, menurunkan rahmat kepada manusia. Salah satu rahmat itu ialah kemampuan kita berlaku lembut - yang biasa dikaitkan dengan wanita. Tanpa kelembutan ini, banyak masalah yang akan timbul. Kelembutan ini bukan maksud kelemahan tetapi mampu bertindak sewajarnya - sebagaimana mad liin dalam ilmu tajwid yang perlu melembutkan bacaan waw atau ya' yang bertanda mati didahului baris atas. Kelembutan ini dikaitkan dengan foaminess.
|
|
Last Updated on Thursday, 10 April 2008 15:22 |
|
Read more...
|
|
|
Teknologi 'What' Banyak...Mencari Teknologi 'How'? |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Monday, 07 April 2008 05:32 |
Jika diperhati banyak buku-buku turath atau khazanah Islam, ia banyak menyatakan 'what' atau apakah yang sepatutnya dicapai dalam menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Namun untuk mencari rujukan 'how', ia agak sukar. Disebabkan fokus saya kebelakangan ini ialah isu pendidikan, saya cuba menyemak reviu buku yang ditulis oleh pelbagai individu. Saya juga cuba mendapatkan sebanyak mungkin rujukan serta bertanya individu terlibat dengan pendidikan. Saya amat setuju dengan pendapat saudara Hafiz Firdaus dalam lamannya yang memberi komentar pada buku karangan John Gray yang bertajuk 'Child From Heaven - Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compassionate Children'.
|
|
Last Updated on Wednesday, 09 April 2008 13:18 |
|
Read more...
|
|
Dakwah zaman nabi dan zaman kini |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Saturday, 05 April 2008 14:47 |
Sejak kebelakangan ini, saya banyak membuat kajian kepada sistem pendidikan dengam merujuk kepada pelbagai sumber rujukan. Saya amat berminat dengan subjek ini kerana ia ada kaitan dengan arah tuju serta sekolah yang Hajar dan Adam - dua anak kesayangan saya - akan bersekolah pada masa akan datang. Banyak sekolah yang baik saya dengar dan tahu seperti Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Agama yang dibangunkan oleh pelbagai organisasi. Sekolah yang dibangunkan oleh kerajaan? Bagus. Tetapi saya rasakan ada ruang untuk dimajukan. Pada zaman Rasul, tiada sekolah? Atau apa kepentingan sekolah?
|
|
Last Updated on Wednesday, 09 April 2008 03:20 |
|
Read more...
|
|
IlmQuiz.COM - Jom dalami ilmu Islam! |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Wednesday, 26 March 2008 06:31 |
|
Lawat IlmQuiz.COM
|
|
Last Updated on Wednesday, 26 March 2008 07:50 |
|
Jangan serang Nabi, tetapi sahabat baginda? |
|
Written by Fazrul Ismail
|
|
Friday, 21 March 2008 10:09 |
|
Salah satu isu penting yang membezakan golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah ialah berhubung isu sahabat. Banyak perbincangan yang dilaksanakan untuk memahami kedua-dua kumpulan tersebut. Dalam artikel ini, saya ingin menarik perhatian ramai kepada isu syiah dan bagaimana mereka mempunyai kaedah berfikir strategik untuk memusnahkan Islam dari dalam. Bagaimana? Jangan serang Nabi kerana nanti akan 'dipancung' oleh umat Islam - walaupun yang tidak solat atau tidak menunaikan hak Allah. Tetapi seranglah sahabat-sahabat baginda. Berjayakah mereka? Sudah ramai yang terpengaruh dengannya dalam sejarah Malaysia.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|