Pengunjung

We have 3 guests online

PS Lagi

PS di Facebook

Pemikiran - http://st-gallery.com

Tazkirah - http://almuntalaq.com

Model PIES & CASIC - http://masterpies.com

Amalan Berjaya - http://amalanberjaya.info

Energi DOSA
Written by Syamil Yusuff   
Thursday, 20 March 2008 21:28
Kebanyakan kita sering membicarakan tentang kebaikan, pahala dan ganjaran syurga. semua itu mamapu di capai dengan izin Tuhan kepada kita, dan semua perkara itu mampu di usahakan. cuma bagi mereka yang malas, dan hanya mengahrapkan syurga dan pahala datang bergolek sahaja, maka itu sudah pasti tidak akan memberikan apa apa pulangan. kerana apa? mereka yang sering melakukan dan jarang mencela diri sendiri kerana sering mengikut hawa nafsunya, tetapi mengharapkan syurga, maka orang itu adalah orang ang bermimpi di siang hari.
Last Updated on Wednesday, 09 April 2008 13:14
Read more...
 
Bukan mudah untuk berfikir menyeluruh
Written by Fazrul Ismail   
Sunday, 16 March 2008 16:29
Saya sempat membaca satu kertas bertajuk Business Organization as A Complex System oleh Jangwoo Lee dari  School of Business Administration, Kyungpook National University, Taegu, Korea dan Hyunggyu Park dari Jabatan Fizik, Inha University, Inchon, Korea. Ia berada dalam USC Korean E-Journals. Ia amat menarik apatah lagi tajuk kertas tersebut berkisar kepada Pemikiran Sistemik. Namun isinya tidaklah sistemik atau menyeluruh. Biarpun mereka sudah menulis kertas, masih banyak yang tidak kena. Saya sedar bahawa bukan mudah untuk berfikir menyeluruh walaupun ramai yang akan claim bahawa ia sudah berbuat sedemikian. Saya bawakan satu perenggan darinya:
Last Updated on Sunday, 16 March 2008 16:35
Read more...
 
Belajar untuk bersyukur
Written by Fazrul Ismail   
Friday, 14 March 2008 06:19

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (16:18)

 

Menghitung dalam ayat di atas memberi penekanan kepada kita agar mengira dan meletakkan kanta pembesar pada apa yang kita ada samada secara fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Sememangnya jika kanta itu diletakkan betul-betul, kita tidak mampu untuk mengiranya. Kiralah sel. Kiralah molekul yang dikurniakan Allah. Kiralah berapa zarah kegembiraan yang Allah telah berikan. Kiralah berapa banyak molekul intelek yang terekod pada sinaps kita. Berapa banyak? Berapa banyak .... 

 

 

Last Updated on Friday, 14 March 2008 06:28
Read more...
 
Masih malas membaca?
Written by Azman Ismail (Utusan Online)   
Thursday, 13 March 2008 01:48


Harga buku menjadi ‘kambing hitam’? Oleh Azman Ismail (Utusan Online)

 

SALAH satu ciri negara maju adalah jumlah penerbitan yang mereka miliki. Jepun, negara yang musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua misalnya berusaha memulihkan dirinya dengan menerbitkan buku sebanyak mungkin dan dijual semurah mungkin. Buku-buku dari luar negeri juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Objektif utama tindakan tersebut adalah untuk memastikan rakyat negara itu membaca dan memperoleh ilmu-ilmu baru tanpa had. setiap rakyat negara itu berpeluang untuk membaca buku apa sahaja. Kesan daripada tindakan dan kebijaksanaan tersebut, Jepun muncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan dan akhirnya mampu menandingi keupayaan Barat.

Last Updated on Thursday, 13 March 2008 01:49
Read more...
 
Men'degree'kan daurah?
Written by Fazrul Ismail   
Tuesday, 11 March 2008 13:00

Dua hujung minggu yang lepas, saya tidak berada di Los Angeles. Saya sekeluarga ke California State University, Long Beach, California untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh al-Maghrib Institute: Route 114. Fokus program 4 hari dari 10 pagi -8 malam ini ialah ilmu-ilmu berkaitan al-Quran yang disampaikan Sheikh Ibn Faqih. Masya-allah! Walaupun sudah pernah belajar subjek ini, namun program 'daurah' sebegini amat berkesan - bukan sekadar celup-celup sahaja untuk memahami al-Quran dan ilmunya. Kelas ini membawa kredit untuk ijazah yang dikurniakan oleh al-Maghrib Institute. Saya ingin berkongsi beberapa pemerhatian - mungkin sesuai dilaksanakan di Malaysia.maghrib.png

Last Updated on Tuesday, 11 March 2008 13:29
Read more...
 
MESTI KAYA MESTI IMAN
Written by Syamil Yusuff   
Sunday, 09 March 2008 15:18

Bismillahirahmanirrahaim

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana limpah dan rahmatnya telah member ruang dan luang yang amat luar biasa jika kita benar-benar renungi dan difikirkan. Cuba kita renungkan bermula dari diri kita sendiri, lihat pada tangan anda, jari jemari, lalu kita menggerakkannya. Menyentuh, memegang dan membuat pelbagai aktiviti yang akhirnya kita mampu merasai semua nikmat melalui tangan tadi. Melalui tangan, jari, kita sudah mampu merasakan lembut, kasar dan pelbagai lagi. Dengan jari sahaja, kita juga sudah mampu untuk menyuapkan nasi ke mulut kita dan menyebabkan kita kenyang. Subhanallah, semua nikmat ini tidak terhitung rasanya jika kita perhatikan satu persatu. Namun yang demikian, ini baru sahaja tangan, jari, belum lagi anggota badan kita yang lain seperti mata, telinga, mulut, lidah dan seluruh angota badan kita. Memang harus kita syukuri kerana ia adalah alat yang diberikan, dianugerahkan kepada kita agar menggunakannya untuk kperkara-perkara kebaikan.

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»