Pengunjung

We have 3 guests online

PS Lagi

PS di Facebook

Pemikiran - http://st-gallery.com

Tazkirah - http://almuntalaq.com

Model PIES & CASIC - http://masterpies.com

Amalan Berjaya - http://amalanberjaya.info

Bila Terlampau Banyak 'Kebenaran'
Written by Fazrul Ismail   
Wednesday, 13 February 2008 04:18
cellphone2.jpg
{popin}
Dalam kehidupan seharian, banyak ilmu dan informasi yang kita terima. Apatah lagi
dalam zaman internet dan multimedia, sudah tidak sukar untuk mendapatkan sebarang maklumat. Anda boleh sahaja mencari ceramah agama, l
agu, buku, majalah, berita dan banyak lagi. Cuma cabarannya: adakah kita makin faham tentang apa yang kita kehendaki dalam hidup ini? Benarkah kita akan lebih tenang dengan ilmu dan maklumat yang amat banyak ini?

 

Last Updated on Friday, 15 February 2008 08:52
Read more...
 
Perlukan sedikit kesabaran
Written by Fazrul Ismail   
Monday, 11 February 2008 12:28

{popin}

Banyakkan solat...dengan kesabaranDalam kehidupan seharian, banyak perkara dan cabaran yang berlaku. Salah satu tips dalam al-Quran ialah untuk kita meminta tolong pada Allah dengan sabar dan solat. Ramai yang solat tetapi tidak sabar. Ramai juga sabar tetapi tidak solat. Apakah beza antara kedua-duanya? Bagaimana dengan diri anda sekarang? Sabar dan solat?

 

Last Updated on Tuesday, 12 February 2008 16:12
Read more...
 
Tajuk research yang menarik?
Written by Syamil Yusuff   
Monday, 11 February 2008 11:36

sekarang, saya terpaksa menyusun semula tajuk penyelidikan di peringkat sarjana. Hampir satu tahun saya mengkaji, melakukan pembacaan, praktikal dan melakukan perbincangan dengan segenap lapisan masyarakat dalam membincangkan tentang penghayatan dan kefahaman. apa yang yang menarik minat saya kini ialah, apakah kesan yang akan terjadi kepada individu yang mempunyai latarbelakang yang berbeza; iaitu mereka yang mempunyai latarbelakang studi agama (teologies) dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam kajian alam (science). Jadi, apakah yang berlaku disebalik tahap keyakinan dalam penghayatan dan kefahaman Islam kepada potensi kecerdasan spiritual mereka?

Last Updated on Monday, 11 February 2008 11:43
Read more...
 
Siapakah Orang Yang Stabil EQnya?
Written by Syamil Yusuff   
Wednesday, 06 February 2008 17:45

Jika kita melihat kepada definasi EQ, menurut Daniel Goleman;

 

Keupayaan untuk mengenal emosi diri sendiri dan orang lain untuk tujuan motivasi

 

adakah anda sudah mengenali keupayaan EQ anda? adakah anda mampu mengawal EQ anda untuk mencapai sukses dalam hidup anda? adakah anda sudah mampu berkawan dengan EQ anda? adakah orang yang tidak mampu mengenali EQnya adalah orang yang kurang sukses? bagaimana mengawal EQ yang sebenarnya?sejauh manakah kebenarannya? 

Last Updated on Wednesday, 06 February 2008 18:06
Read more...
 
Laptop $30 dan Gaoyong
Written by Fazrul Ismail   
Tuesday, 05 February 2008 13:26

{popin}

Sepanjang berada di California ini, saya melanggan satu mailing list untuk pelajar University of Southern California. Ia adalah mailing list yang menyenaraikan barang-barang yang akan dijual oleh pelajar untuk pelajar. Salah satu perkara yang menarik yang dijual baru-baru ini ialah Laptop berharga $30 (sekitar RM93). Saya bertanya isteri disayangi: nak beli? Boleh juga. Untuk Hajar - buat dia main-main. Pada kami, laptop $30 tentulah tidak sebaik mana kerana harga itu adalah harga yang amat rendah. Paling kurang, harga laptop terpakai ialah sekitar $200 ke atas. Saya menelefon pelajar tersebut setelah berbalas email. Laptop itu masih ada...

 

Last Updated on Wednesday, 06 February 2008 19:30
Read more...
 
PAKS, Marketing dan Dakwah
Written by Fazrul Ismail   
Sunday, 03 February 2008 02:11
Mungkin ada di antara anda yang pernah membaca bahagian-bahagian awal karya saya di laman ini atau web lain yang bertajuk Pendakwah Air Kacang Soya. Saya menulis tajuk tersebut dengan Saudara Amirul. Ia masih dalam proses finalize untuk dihantar bagi tujuan penerbitan. Dalam karya tersebut, saya berkongsi pengalaman melihat individu yang menjual air kacang soya dan bagaimana kesungguhannya untuk menjual produknya. Kesungguhan dalam dunia bisnes ini saya kaitkan dengan alam dakwah kerana produk dakwah ialah Islam itu sendiri. Cuma apa yang lebih menarik dalam pengalaman saya beberapa hari ini: alam e-marketing mempunyai konsep yang hampir sama - menggunakan teknologi IT yang ada. Rugi kalau keseriusan dalam dunia IT ini tidak dimanfaatkan oleh individu yang terleibat dengan dakwah.
Last Updated on Tuesday, 05 February 2008 16:48
Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»