Elakkan anak kecil di depan TV PDF Print E-mail
Wednesday, 03 June 2009 15:17

Adakah anda atau penjaga anak anda membiarkan anak kecil bawah 4 tahun di depan TV yang bersuara selalu ? Kajian mendapati ia akan menyebabkan kemampuan bahasa yang lambat dan masalah daya fokus dalam kehidupan seharian. Kajian ini dibuat oleh Dimitri A. Christakis, MD, MPH, Pengarah Center for Child Health, Behavior and Development di Seattle Children's Research Institute dan profesor di University of Washington School of Medicine.

Malah kajian tersebut juga mendapati individu penjaga berkomunikasi kurang dengan si anak, dan ini mengganggu tumbesaran si anak dari segi intelek dan emosi.  Apabila komunikasi ini terhad, banyak perkara yang tertumpu dalam pemikiran sahaja tanpa mampu dinyatakan dalam lisan. Pastinya kesan ini akan merenggangkan hubungan rapat antara anak dan penjaga.

Apakah tindakan yang boleh dibuat ?

  • Untuk anak di bawah 2 tahun, elakkan mereka berada di hadapan TV. Banyakkan aktiviti yang menggalakkan perkembangan bahasa dan pembesaran otak seperti bermain dan bercakap.
  • Untuk anak atas 2 tahun, masa di depan TV perlu dikawal dan di bawah pengawasan penjaga.
  • Matikan TV jika sesuatu program sudah selesai. Elakkan ia menjadi latar kepada kehidupan mereka
  • Bina hari 'Tanpa TV' kerana ini bagi memastikan si anak faham bahawa TV bukan segala-galanya.
Untuk mendalami lanjut kajian ini, sila lawat http://www.sciencedaily.com/releases/2009/06/090601182830.htm
Last Updated on Wednesday, 03 June 2009 15:33