Rupanya Boeing juga hargai sistemik PDF Print E-mail
Monday, 28 September 2009 18:27

Semalam, dalam flight dari Detroit ke Los Angeles, saya duduk di sebelah salah seorang engineer Boeing yang menghadiri seminar di Penn State, Pennsylvania. Borak demi borak, dia menyatakan dia suka idea Deming berkaitan 'holistic system' dalam industri kerana ia melibatkan masa depan industri di US terutamanya.

Cabaran yang dihadapi untuk mewujudkan usaha ini ialah berkaitan dengan kolej/ IPT di US (malah di seluruh dunia). Katanya, industri memerlukan graduan yang boleh berfikir secara sistemik/ holistik tetapi ia sukar dilaksanakan oleh pelbagai institusi / IPT / organisasi kerana ia melibatkan risk, fund dan 'belum ada organisasi yang menyatakan ia berjaya dengan pandangan yang holistik'. Pengalaman beliau sebagai engineer menguruskan staff di Boeing memang memerlukan tindakan holistik, tetapi apakan daya budaya tersebut tidak wujud secara menyeluruh kerana ramai suka guna style lama dalam berfikir.

Dia mencadangkan saya untuk buat kajian dan propose kepada alma matter (Purdue University) to take the initiative untuk ubah sistem pendidikan di universiti. Ia nampak besar, tetapi saya setuju kalau ia tidak dilaksanakan, ekonomi dan industri US akan makin merudum - itu yang dia perkatakan dalam flight lebih 5 jam tersebut.

Cycle yang berlaku melibatkan dilemma pelaksanaan perubahan ini

Industri minta IPT hasilkan graduan holistik. IPT nak kekal status quo dengan silibus dan gaya yang sedia ada. Ubah status quo akan melibatkan risk, more fund dan result yang tak certain (kerana kurang percaya dengan falsafah holistik)

IPT minta industri buktikan graduan holistik akan meingkatkan kejayaan dan memang menjadi demand. Tapi industri tak dapat buktikan secara real kecuali kes yang terpisah.

Jadi dua2 tunggu sapa yang akan take bold action. Cuma nak capai tahap itu, ada pula yang boast dengan 'syarikat atau organisasi kami berjaya tanpa guna kaedah holistik pun...'

 
Akhirnya dia kata, it won't change if we don't do something. Let's start somewhere. Tak perlu tunggu semua orang terima. Dan dia menulis no telefon-nya untuk saya hubungi kalau ingin study case, atau nak more network yang berpengalaman bahawa holistic way of thinking bukan lagi option dalam dunia post-industry ini.

Last Updated on Monday, 28 September 2009 18:33