|
Saya sedang mengkaji tentang categorical thinking. Mengapa saya kaji?
Kerana ketika Nabi Adam tahu menamakan objek, saya mendapati kepakaran itu bukan sekadar menamakan dalam bentuk satu persatu tetapi meletakkan kategori bagi sesuatu perkara. Dengan kategori, ia akan melebarkan ufuk berfikir manusia. Kategori ini akan menjadi 'bayyinaat' atau penerangan untuk menjustifikasi sesuatu objek itu betul atau tidak. Ini ada kaitan dengan idea 'archetype'.
Kalau sekadar dikenal nama objek, mungkin itu tidak membawa banyak makna. Objek yang bersifat dunia dikenal sekadar pada tahap fizikal. Namun untuk membawa kepada konsep a'lam - sebagai petanda kebesaran Allah, ia perlu dikategorikan. Kategori itu boleh dalam aspek intelek, emosi lantas di bawa kepada aspek spiritual. Sebagai contoh, nampak sebuah buku. Itu perspektif fizikal. Apabila buku difahami sebagai karya manusia yang ada ilmu, itu perspektif intelek. Anda sudah mengkategorikannya. Kategorikan lagi dengan aspek emosi - ilmu bagaimana yang mencatur seseorang menjadi seorang penulis. Tentu ilmunya tersusun, kemas atau juga ia yakin dengan ilmunya. Kategori dibina lagi. Lantas apabila dikaitkan dengan Pencipta penulis itu, pastinya Pencipta penulis itu amat tersusun, kemas, menyeluruh dan mempunya kehebatan ilmu. Itulah kategori spiritual. Mana mungkin Penciptanya lebih buruk dari si makhluk. Tanpa kategori ? Jika dunia dinilai tanpa kategori, ia akan terpisah dan sukar dikaitkan antara satu sama lain. Kategori akan membina sense of connectedness. Inilah ciri sistem. Dan minda manusia suka berfikir menggunakan kaedah sistem yang sedia ada secara universal. Fitrah amat menitikberatkan law of universe. Ia tidak mungkin melawan law of universe. Jika sistem bercirikan connectedness secara fakta, maka tingkah manusia dan makhluk lain juga ingin berada dalam sistem. Anda perlu 'connect'. Jika mahu connect, salah satu seninya ialah kemahiran memberi kategori. Selamat dengan kategori Jika seseorang berada dalam kategori tertentu yang nampak selamat, ia akan bergerak ke arah itu. Jika ia tidak sedar, ia akan terus berada pada kumpulannya - walaupun ia tidak selamat - kerana ia tidak sedar bahawa kategorinya tidak selamat. Bagaimana 'kategori' menimbulkan rasa 'security'? Tidak lain tidak bukan, kerana kategori tertentu akan menganjur kepada sistem tertentu - yang nampak lebih baik. Itulah kepentingannya membanyakkan choice kerana dengan itu, masing-masing boleh memilih choice terbaik untuk diri mereka. Kalau choice yang diberikan tidak banyak category, maka seseorang akan memilih mana yang disukainya sahaja - hanya berdasarkan kepada kategori yang ada. Kategori yang ada kekadang sudah jelas bagi manusia A, tetapi bagi manusia B, ia perlu di'hubung'kan sekali lagi dengan gaya dan kefahamannya. Itu sebabnya setiap individu perlu diterangkan kategori yang ada secara jelas. Kemudian biarkannya dia memilih. Power of Choice Tanpa choice, seseorang rasa dipaksa. Untuk come up dengan pelbagai choice, binalah lebih banyak kategori. Ia mungkin kategori yang kecil dan simple bagi anda, tetapi besar bagi individu yang tidak keruan untuk mencari - apakah choice terbaik baginya. Manusia akan berubah kepada choice yang lebih baik - cuma ia perlu diberikan alternatif dan terkait dengan mereka. Kekadang keterkaitan itu hanyalah dengan menyatakan - tambahkan $$ anda atau bagaimana meningkatkan CGPA anda atau meningkatkan kemampuan untuk anda membina jaringan kawan.
|